Kelas Asas ICT _Pengenalan Kepada Komputer dan Matematik
28 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2019 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas asas ICT kepada pelajar baru. Kelas ini diadakan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 3.00 petang. Untuk sesi pertama, pelajar didedahkan kepada komponen komputer dan fungsinya menggunakan tayangan slide power point. Untuk sesi kedua, petugas mengajar peserta menggunakan aplikasi secara online untuk membuat latihan matematik. Seramai 11 orang peserta yang terlibat semasa kelas ini diadakan
Tujuan aktiviti ini diadakan :
• Sebagai pendedahan kepada komponen komputer dan fungsinya
• Meningkatkan kadar celik IT dan penggunaan komputer dengan baik
• Memupuk minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang lebih interaktif
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: